Destinasi Kehidupan

Menuju Ke Arah Yang SATU

  • Kemaskini Twitter

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Langgan

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 1 other follower

Adab Tehadap ALLAH SWT

Posted by noorzabestari di 06/24/2009

Adab Tehadap Allah S.W.T

Manusia yang berakhlak kepada ALLAH S.W.T ialah yang mereka yang beriman kepadaNYA menjunjung segala titah perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. Dia sanggup menerima kesusahan dalam menjalankan perintah ALLAh S.W.T dan sanggup meninggalkan keseronokkan dan kelazatan dunia jika bertentangan dengan kehendakNYA.

Iman Syafie rahimahullah berkata; jika tidak kerana takut dan malu kepada ALLAH sudah lama aku menjadikan manusia tunduk di bawah tapak kakiku. Rasulullah SAW telah bersabda dalam satu hadis riwayat Ahmad yang bermaksud:  ” Bertaqwalah kepada ALLAh walau di mana kamu berada”

Antara adab kepada ALLAH ialah mempunyai rasa cinta kepadaNYA. Antara cara yang menimbulkan rasa cinta kepada ALLAH ialah dengan sentiasa berzikir dan berfikir tentang ALLAH SWT seharusnya sentiasa merenung dan berfikir bagaimana ALLAH SWT menjadikan alam maya ini dengan keindahan yang menakjubkan, bagaimana air boleh menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan. Memikirkan kepada semua kejadian ini akan menambah rasa keinsafan dan menambahkan rasa cinta dalam diri kita. Cinta pada yang MAha Esa, yang kekal dan yang menguasai segalanya.

Perasan cinta kepada ALLAH SWT juga dipupuk dengan berusaha memahami isi kendungan Al-Quran dan seterusnya melatih diri berusaha untuk melaksanakan tuntutan ALLAH dan RasulNYA.

Beradab kepada ALLAH juga bermaksud kita hendaklah sentiasa bersabar dan redha akan qada’ dan qadar ALLAH. Kita perlulah yakin segala ketentuan ALLAH itu ada hikamah yang tersembunyi di sebaliknya, sesungguhnya ianya sesuatu yang kita tidak disukai seperti firman ALLAH SWT dalm surah AL-Baqarah yang bermaksud:

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang penceroboh) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk kepada kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216).

Advertisements

Posted in Adab | Leave a Comment »

Anak Derhaka

Posted by noorzabestari di 06/23/2009

Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong

Cukup bulan dan harinya
Seorang puteri dilahirkannya
Bidan menyambut dengan halusnya
Hampir si ibu hilang nyawanya

Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong

Anak dibelai dengan manjanya
Oleh si ibu yang sejati
Pengorbanan ibu tiada tandingannya
Demi si anak yang dikasihi

Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong

Bila si anak sudah bersuami
Ibu dilayan sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji

Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong

Ibu yang malang berdukacita
Duduk berendam si air mata
Akhir si ibu menutup mata
Akibat perbuatan anak derhaka

Posted in 1 | 3 Comments »

Biasakan Jiwa Dengan Zikrullah

Posted by noorzabestari di 06/22/2009

Kesibukan dengan urusan dunia seringkali seringkali menjadikan seseorang itu alpa dari mengingati ALLAH. Sedangkan berzikir itu bukanlah semestinya dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan debgan penug rasa minat dan bertanggungjawab.

Antara agenda harian yang dapat kita lakukan untuk mendidik jiwa mengisi kekosongan hati ialah:

1- Memelihara solat-solat fardhu secra berjemaah di masjid-masjid dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama disoal oleh ALLAH di Padang Masyar hari akhirat kelak.

2- Memelihara solat-solat sunnat qabliyyah dan ba’diyyah.

3- memlihara wirid dan zikir selepas solat dan zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.

4- Sentiasa beristighfar sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap ALLAH.

5- Membudayakan pembacaan Al-Quran serta mentadabbur isi kandungannya.

6- Memelihara dan konsistem walau dua rakaat sunnat solat qiyamulail.

7- Mengahalakan pengaharapan dan ketundukkan sebenar hanya kepada ALLAH.

8- Besedekah secara sembunyi bagi mengelakkan diri daripada ditimpa bala ALLAH.

9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.

10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.

Dengan amalan-amalan seperti ini jika di amalkan secara konsistem, insyaALLAH kita akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup kita sebagai muslim yang yang benar-benar komited dengan ISLAM.

Posted in 1 | 2 Comments »

Sedarkah Kita Semua? Atau buat-buat tidak sedar?

Posted by noorzabestari di 06/22/2009

Adakah kita semua masih hanyut dan leka di alam maya ini….? Tahukah kita semua dunia sekrang sudah tua dan sudah uzur. Kemanakah kita selepas mati….? Sedarkah kita semua…. Apakah amalan yang kita sudah lakukan sepanjang hidup di dunia ini? sedarkah kita semua…..azab seksaan ALLAH amatlah pedih? Sedarkah kita….ALLAH sentiasa mengingati kita dan kita tidak mengingatiNYA….? Sedarkah kita semua…..sesungguhnya segala amalan akan di rekod oleh dua malaikat yang sentiasa memantau segala gerak-geri kita semua…?Sedarkah kita semua…..milik siapakah kita ini kepada siapakah akan akan kita di kembalikan….?

Memang ternyata sekali kita semua lalai dan tidak sedar dan terus hanyut dengan hasutan duniawi yang penuh dengan permaianan tipu helah. Kebanyakan kita semua memang lalai dan tidak sedar kita selalu engkar pada suruhan ALLAH serta melawan perintahNYA,sedarkah kita semua….? Dunia ini bagaikah sudah tidak sanggup menggung kerakusan dan kerosakan yang di lakukan oleh kita sendiri….

Dunia sekarang ini bagaikan berada di hujung titik noktah sebagai pengakhiran hidupnya….dan…semakin ramai masih hanyut dan alpa serta suka mangambil enteng sahaja….. Sudah banyakkah bekalan yang kita akan bawa bersama di hari pembalsan kelak dan adakah ia sudah mencukupi bagi kita semua….. maka sedarlah wahai umat manusia semua….hidup kita hanya sekali sahaja dan mati itu selalu memerhati kita sehingga sampai tiba waktunya…maka segeralah kita semua bermuhasabah diri kita semua untuk sama-sama memperbaiki sikap hidup kta secara fitrah yang ALLAH ajarkan selama ini, dan sama-samalah kita meningkatkan amalan soleh serta ketaqwaan pada ALLAH demi kejayaan kita di akhirat kelak, wallahu ‘alam…..

Posted in 1 | Leave a Comment »