Anak Derhaka
Posted by noorzabestari di 06/23/2009
Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong
Cukup bulan dan harinya
Seorang puteri dilahirkannya
Bidan menyambut dengan halusnya
Hampir si ibu hilang nyawanya
Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong
Anak dibelai dengan manjanya
Oleh si ibu yang sejati
Pengorbanan ibu tiada tandingannya
Demi si anak yang dikasihi
Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong
Bila si anak sudah bersuami
Ibu dilayan sebagai abdi
Kain dan baju disuruh cuci
Makan dan minum disuruh saji
Cukup azab ibu mengandung
Hari berjalan bulan dihitung
Ibu menyerah rugi dan untung
Kepada ALLAH meminta tolong
Ibu yang malang berdukacita
Duduk berendam si air mata
Akhir si ibu menutup mata
Akibat perbuatan anak derhaka
wana93 berkata
erm..
betul tu..
terharu mmbcenyer..
sm0ga kite sume x trg0l0ng dlm g0l0ngn anak derhaka..
amin..
aizat kamal berkata
btol btol btol…
mintak simpang…
semoga kita tergolong dalam golongan anak2 soleh…
amin…
noorzabestari berkata
terima kasih aizat kamal kerana melawat blog saya
…semoga kita semua menjadi anak2 yang soleh…amin…….