Sedarkah Kita Semua? Atau buat-buat tidak sedar?
Posted by noorzabestari di 06/22/2009
Adakah kita semua masih hanyut dan leka di alam maya ini….? Tahukah kita semua dunia sekrang sudah tua dan sudah uzur. Kemanakah kita selepas mati….? Sedarkah kita semua…. Apakah amalan yang kita sudah lakukan sepanjang hidup di dunia ini? sedarkah kita semua…..azab seksaan ALLAH amatlah pedih? Sedarkah kita….ALLAH sentiasa mengingati kita dan kita tidak mengingatiNYA….? Sedarkah kita semua…..sesungguhnya segala amalan akan di rekod oleh dua malaikat yang sentiasa memantau segala gerak-geri kita semua…?Sedarkah kita semua…..milik siapakah kita ini kepada siapakah akan akan kita di kembalikan….?
Memang ternyata sekali kita semua lalai dan tidak sedar dan terus hanyut dengan hasutan duniawi yang penuh dengan permaianan tipu helah. Kebanyakan kita semua memang lalai dan tidak sedar kita selalu engkar pada suruhan ALLAH serta melawan perintahNYA,sedarkah kita semua….? Dunia ini bagaikah sudah tidak sanggup menggung kerakusan dan kerosakan yang di lakukan oleh kita sendiri….
Dunia sekarang ini bagaikan berada di hujung titik noktah sebagai pengakhiran hidupnya….dan…semakin ramai masih hanyut dan alpa serta suka mangambil enteng sahaja….. Sudah banyakkah bekalan yang kita akan bawa bersama di hari pembalsan kelak dan adakah ia sudah mencukupi bagi kita semua….. maka sedarlah wahai umat manusia semua….hidup kita hanya sekali sahaja dan mati itu selalu memerhati kita sehingga sampai tiba waktunya…maka segeralah kita semua bermuhasabah diri kita semua untuk sama-sama memperbaiki sikap hidup kta secara fitrah yang ALLAH ajarkan selama ini, dan sama-samalah kita meningkatkan amalan soleh serta ketaqwaan pada ALLAH demi kejayaan kita di akhirat kelak, wallahu ‘alam…..