Biasakan Jiwa Dengan Zikrullah
Posted by noorzabestari di 06/22/2009
Kesibukan dengan urusan dunia seringkali seringkali menjadikan seseorang itu alpa dari mengingati ALLAH. Sedangkan berzikir itu bukanlah semestinya dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan debgan penug rasa minat dan bertanggungjawab.
Antara agenda harian yang dapat kita lakukan untuk mendidik jiwa mengisi kekosongan hati ialah:
1- Memelihara solat-solat fardhu secra berjemaah di masjid-masjid dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama disoal oleh ALLAH di Padang Masyar hari akhirat kelak.
2- Memelihara solat-solat sunnat qabliyyah dan ba’diyyah.
3- memlihara wirid dan zikir selepas solat dan zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.
4- Sentiasa beristighfar sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap ALLAH.
5- Membudayakan pembacaan Al-Quran serta mentadabbur isi kandungannya.
6- Memelihara dan konsistem walau dua rakaat sunnat solat qiyamulail.
7- Mengahalakan pengaharapan dan ketundukkan sebenar hanya kepada ALLAH.
8- Besedekah secara sembunyi bagi mengelakkan diri daripada ditimpa bala ALLAH.
9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.
10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.
Dengan amalan-amalan seperti ini jika di amalkan secara konsistem, insyaALLAH kita akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup kita sebagai muslim yang yang benar-benar komited dengan ISLAM.
wana93 berkata
artikel ni mmg bermanfaat..
;p
admin MNY berkata
terima kasih di atas komen anda…..