Adab Tehadap Allah S.W.T
Manusia yang berakhlak kepada ALLAH S.W.T ialah yang mereka yang beriman kepadaNYA menjunjung segala titah perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. Dia sanggup menerima kesusahan dalam menjalankan perintah ALLAh S.W.T dan sanggup meninggalkan keseronokkan dan kelazatan dunia jika bertentangan dengan kehendakNYA.
Iman Syafie rahimahullah berkata; jika tidak kerana takut dan malu kepada ALLAH sudah lama aku menjadikan manusia tunduk di bawah tapak kakiku. Rasulullah SAW telah bersabda dalam satu hadis riwayat Ahmad yang bermaksud: ” Bertaqwalah kepada ALLAh walau di mana kamu berada”
Antara adab kepada ALLAH ialah mempunyai rasa cinta kepadaNYA. Antara cara yang menimbulkan rasa cinta kepada ALLAH ialah dengan sentiasa berzikir dan berfikir tentang ALLAH SWT seharusnya sentiasa merenung dan berfikir bagaimana ALLAH SWT menjadikan alam maya ini dengan keindahan yang menakjubkan, bagaimana air boleh menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan. Memikirkan kepada semua kejadian ini akan menambah rasa keinsafan dan menambahkan rasa cinta dalam diri kita. Cinta pada yang MAha Esa, yang kekal dan yang menguasai segalanya.
Perasan cinta kepada ALLAH SWT juga dipupuk dengan berusaha memahami isi kendungan Al-Quran dan seterusnya melatih diri berusaha untuk melaksanakan tuntutan ALLAH dan RasulNYA.
Beradab kepada ALLAH juga bermaksud kita hendaklah sentiasa bersabar dan redha akan qada’ dan qadar ALLAH. Kita perlulah yakin segala ketentuan ALLAH itu ada hikamah yang tersembunyi di sebaliknya, sesungguhnya ianya sesuatu yang kita tidak disukai seperti firman ALLAH SWT dalm surah AL-Baqarah yang bermaksud:
” Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang penceroboh) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci ; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk kepada kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216).